Zunar ‘salutes’ media academic Mustafa K Anuar

2
338

The country’s top political cartoonist Zunar has paid glowing tribute to media academic Dr Mustafa K Anuar, whose contract with USM was not renewed.

From Zunar’s Facebook:

Catatan Zunar – Pensyarah yang baik akan disingkir

Dr Mustafa K Anuar tidak disambung khidmatnya sebagai Professor di Jurusan Komunikasi USM bulan ini. Warga akademik menganggap Dr Mustafa adalah salah seorang penyarah komunikasi terbaik pernah dilahirkan negara.

Lembut, punya prinsip, tegas, rendah diri walau berilmu adalah watak Dr Mustafa. Beliau tidak takut untuk menyuarakan kebenaran dan menolak untuk mengampu.

Saya masih ingat beberapa tahun lalu, ketika dia bersama beberapa pensyarah menjemput saya untuk memberi lecture kepada pelajar-pelajarnya, Ketua Jabatannya melarang dan berkata pihak universiti tak akan mengeluarkan sebarang dana dan tiada KPI untuk program itu. Beliau menjawab akan meneruskan.

Saya sendiri menyatakan tiada masalah kalau tidak dibayar. Apabila selesai program, beliau memberi saya sampul berisi kupon untuk membeli buku di sebuah kedai buku terkemuka – hasil usaha sendiri. Salut.

Yang pasti Dr Mustafa yang disayangi pelajar-pelajarnya tidak lagi bersama USM. Bulan ini akhbar Berita Kampus, hasil terbitan pelajar pelajar-pelajar Komunikasi USM yang memuat rencana penghargaan kepada Dr Mustafa, cuba disekat pengedarannya.

Sekarang Dr Mustafa K Anuar tidak lagi bersama USM. Para kangkung tidak senang dengan pensyarah seperti ini.

Please help to support this blog if you can.

Read the commenting guidlelines for this blog.
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Pak Tim

Why does the Lord not hear our prayers? When can we rid the racist umno baru?

Phua Kai Lit

Beginning of a purge of intellectually honest and critical academicians from the
public universities by the UMNO Baru-BN regime?

How will Malaysian public universities be “world class” in the face of all this
political interference?