Home Environment Climate change Tingkatkan suara anda, bukan aras laut/ Raise vour voice, not the sea level: CAP/SAM

Tingkatkan suara anda, bukan aras laut/ Raise vour voice, not the sea level: CAP/SAM

9

We are not paying enough attention to climate change and rising sea levels. Even sand mining will affect the environment. The land reclamation for Seri Tanjung Pinang Phase 2 will require 33 millon cubic metres of sand or fill material.

CAP/SAM has come up with the following statement to make World Environmental Day tomorrow:

(English version below)

Tingkatkan suara anda, bukan aras laut

Esok, lima Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia dan tema tahun ini ialah “Tingkatkan Suara Anda, Bukan Aras Laut”, memberikan tumpuan kepada pulau kecil dan perubahan iklim. Menurut Laporan Penilaian Kelima IPCC yang dikeluarkan baru-baru ini, suhu permukaan lautan dan daratan dunia telah meningkat hampir 1o C sejak 1901 (purata global 0.89oC), terutamanya kerana aktiviti manusia.

Adakah kita di Malaysia perlu bimbang mengenai perubahan iklim dan peningkatan paras laut? Dengan 4,800 km pantai, kita di Malaysia juga perlu bimbang dan prihatin kerana peningkatan paras laut dijangka meningkatkan kejadian banjir, ribut, hakisan dan lain-lain ancaman kepada pantai. Dalam tempoh beberapa tahun lepas, Malaysia telah pun mengalami peningkatan dalam intensiti, tempoh dan kekerapan kejadian ribut, banjir dan kemarau.

Kajian Indeks Vulnerabiliti Pantai Kebangsaan (NCVI) 2007 menilai kemudahancaman kawasan pantai di Malaysia kepada peningkatan paras laut. Data peningkatan paras laut yang dikumpulkan dalam tempoh 20 tahun (1986-2006) di Tanjung Piai, Johor menunjukkan kadar peningkatan 1.3 mm/tahun. Apabila hasil kajian NCVI ditindihkan dengan ramalan paling tinggi global (kes paling buruk) untuk SLR 10 mm/tahun (1 meter menjelang akhir abad), adalah dianggarkan 1,820 hektar tanah pantai di Tanjung Piai dan 148 hektar di Pantai Cenang, Langkawi akan ditenggelami air.[1]

Perubahan iklim merupakan satu petunjuk terhadap masalah yang lebih besar iaitu penggunaan, penghasilan dan gaya hidup yang tidak mapan. Ini ditunjukkan oleh penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui; eksploitasi hutan dan ekosistem semula jadi kita; kaedah pertanian, perikanan dan pemakanan kita yang tidak mapan; kegilaan kita terhadap pembangunan; tabiat tidak mapan kita dalam menggunakan sumber alam dan membuangnya sebagai sisa.

Aktiviti manusia, terutama sekali pembakaran bahan api fosil sejak bermulanya Revolusi Industri telah meningkatkan kepekatan Karbon Dioksida (CO2) atmosfera. Penebangan hutan dan perubahan penggunaan tanah lain juga melepaskan karbon dari biosfera. Oleh itu sebagai langkah pencegahan, kita memerlukan tindakan bersepadu untuk menghadkan pertumbuhan permintaan tenaga, memperbaiki kecekapan tenaga, meningkatkan penggunaan tenaga diperbaharui dan mencari cara untuk meminimumkan pelepasan daripada perubahan penggunaan tanah, contohnya, dengan memastikan pertanian bebas bahan kimia dan rendah karbon.

Sektor pengurusan sisa yang merupakan sumber pelepasan gas rumah hijau global (GHG) boleh menjadi penyumbang utama kepada kawalan perubahan iklim. Pengkomposan merupakan salah satu strategi penting untuk mengawal pelepasan GHG. Apabila bahan terbuang dikitar semula, ia menyediakan industri dengan sumber alternatif bahan mentah untuk membuat produk baharu. Ini menghasilkan permintaan yang kurang untuk bahan mentah di mana pengeluaran, pengangkutan dan pemprosesan merupakan sumber utama pelepasan GHG. Pengitaran semula mengurangkan pelepasan dalam semua industri ekstraktif: perlombongan, perhutanan, pertanian dan pengeluaran petroleum.

READ MORE:  'Da plan! Da plan!' Penang's 'fantasy islands' plan leaves many bewildered

Makanan merupakan pendorong kepada perubahan iklim. Pengeluaran makanan, pembungkusan berlebihan, pemprosesan dan pengangkutan merupakan separuh daripada semua pelepasan GHG yang dijana oleh manusia.[2] Baja kimia, jentera berat dan teknologi ladang yang bergantung kepada petroleum juga turut menyumbang dengan ketara. Sistem makanan baharu dengan menstrukturkan semula pertanian dan sistem makanan besar sekitar jaminan makanan, pertanian berskala kecil, pertanian ekologi dan pasaran tempatan boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG global.

Pasir dan kelikir dilombong di seluruh dunia dan merupakan jumlah terbesar bahan pepejal yang dikeluarkan di seluruh dunia. Ia dilombong pada kadar yang jauh lebih besar berbanding pembaharuannya. Peningkatan pergantungan kita dan kesan ketara pengeluaran sumber asli ini ke atas alam sekitar biasanya tidak dipedulikan. Contohnya projek tebus guna tanah di pantai Pulau Pinang seperti di Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban memerlukan berjuta tan batu dan pasir.

Dengan kadar perbandaran yang semakin meningkat, lebih banyak jalan dibina untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan. Terdapat peningkatan dalam pemilikan kenderaan dan oleh itu sektor pengangkutan juga menjadi sumber yang ketara dalam pelepasan GHG. Bahan api yang digunakan oleh kapal terbang, pengangkutan marin dan pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang semakin meningkat juga menjadi sumber utama pelepasan global. Pelbagai langkah diperlukan untuk mengurangkan pertumbuhan dan kesan pelepasan GHG ini seperti usaha untuk menggalakkan teknologi kenderaan cekap tenaga, menggalakkan corak perjalanan dan penggunaan tanah yang cekap, dan memajukan alternatif kepada bahan api berasaskan petroleum.

Pada umumnya, paras karbon dioksida dan gas rumah hijau lain di atmosfera bumi terus meningkat. Jelas bahawa pada masa depan iklim akan menjadi lebih panas, paras laut akan meningkat, corak taburan hujan global juga akan berubah dan ekosistem akan berubah. Perjanjian antarabangsa peringkat tinggi sahaja tidak akan menghentikan perubahan iklim.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan bersepadu oleh semua sektor untuk mengurangkan pelepasan GHG dan memerangi perubahan iklim. Keperluan komuniti miskin yang mudah terjejas mestilah juga ditangani supaya mereka boleh menyesuaikan dengan kesan perubahan iklim.

Tingkatkan Suara Anda untuk Keadilan Iklim!

READ MORE:  DoE's lightning approval of Penang's massive reclamation stuns forum audience

S. M. Mohamed Idris,
Presiden CAP dan SAM

———————–

Raise your voice, not the sea level

Tomorrow, the fifth of June is World Environment Day and the theme this year is “Raise Your Voice, Not the Sea Level”, focusing on small islands and climate change. According to the recently released IPCC Fifth Assessment Report, land and ocean surface temperatures have increased globally by nearly 1°C since 1901 (0.89°C global average), mainly as a result of human activities.

Should we in Malaysia be worried about climate change and sea level rise? With a coastline of 4,800 km, we in Malaysia should indeed be concerned because sea-level rise is expected to intensify inundation, storm surge, erosion and other coastal hazards. Over the past few years, Malaysia has already experienced increase in intensity, duration and frequency of storms, floods and drought.

The National Coastal Vulnerability Index (NCVI) Study (2007) assessed the vulnerability of coastal areas in Malaysia to sea level rise. Data on sea level rise collected over a 20 year period (1986-2006) at Tanjung Piai in Johor, showed a rate of increase of 1.3 mm/year. When the NCVI study results are superimposed on the global-high (worst case) projection for SLR of 10mm/year (1 meter by the end of the century), an estimated 1,820ha of coastal land at Tanjung Piai and 148ha at Pantai Cenang, Langkawi will be inundated.[1]

Climate change is one indication of a much larger problem, which is humans’ unsustainable consumption, production and lifestyle. This is demonstrated by the use of dirty, non-renewable energy; our exploitation of forests and natural ecosystems; our unsustainable ways of farming, fishing and consuming food; our craze over development; our unsustainable habits of consuming the Earth’s resources and discarding them as wastes.

Human activities, especially the burning of fossil fuels since the start of the Industrial Revolution have increased atmospheric Carbon Dioxide (CO2) concentrations. Deforestation and other land use changes have also released carbon from the biosphere. Thus as mitigation measure, we need concerted action to limit the growth of energy demand, improve energy efficiency, increase use of renewable energy and find means to minimize emissions from land-use change, for example, by ensuring low-carbon, chemical-free agriculture.

The waste management sector which is a source of global greenhouse gas (GHG) emissions can become a major contributor to climate change mitigation. Composting is one vital strategy for curbing GHG emissions. When discarded materials are recycled, they provide industry with an alternative source of raw materials from which to make new products. This results in less demand for virgin materials whose extraction, transport and processing are major sources of GHG emissions. Recycling thus reduces emissions in virtually all extractive industries: mining, forestry, agriculture, and petroleum extraction.

READ MORE:  Video: Family of otters spotted in mainland Penang

Food is a key driver of climate change. Food production, excessive packaging, processing and transportation accounts for around half of all human-generated GHG emissions.[2] Chemical fertilizers, heavy machinery and other petroleum-dependent farm technologies contribute significantly. A new food system by restructuring agriculture and the larger food system around food sovereignty, small scale farming, agro-ecology and local markets can greatly contribute to reducing global emissions.

Sand and gravel are mined world-wide and account for the largest volume of solid material extracted globally. They are being extracted at a rate far greater than their renewal. Our increasing dependence and the significant impact that extraction of natural resources has on the environment, has been mostly ignored.

For example the land reclamation projects in the coast of Penang such as in Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban requires millions of tonnes of rock and sand.

With rapid urbanization, more roads are being built to facilitate movement of people and goods. There is an increasing trend of motor-vehicle ownership and thus the transportation sector is also a significant source of GHG emissions. Fuel consumed by aircrafts, marine vessels and the rapidly growing international trade are also major sources of global emissions. A variety of measures are needed to reduce the growth and impact of these emissions such as efforts to encourage energy-efficient vehicle technologies, promote efficient patterns of travel and land use, and develop alternatives to petroleum-based fuels.

Generally, the levels of carbon dioxide and other greenhouse gases in Earth’s atmosphere are continuing to increase. It is clear that the future climate will be warmer, sea levels will rise, global rainfall patterns will change, and ecosystems will be altered. High level international agreements alone are not going to stop climate change.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) and the Consumers’ Association of Penang (CAP) call for concerted action by all sectors to reduce GHG emissions and combat climate change. The needs of vulnerable poor communities must also be addressed so that they can adapt to the impacts of climate change.

Raise Your Voice for Climate Justice!

S.M. MOHAMED IDRIS
President
SAHABAT ALAM MALAYSIA AND CONSUMERS ASSOCIATION OF PENANG

Subscribe
Notify of
guest
9 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Stephen
Stephen
6 Jun 2014 11.54am

I think most of us feel the heat more from Barang Naik!

Aidil
Aidil
7 Jun 2014 1.12pm
Reply to  Stephen

That is why barang naik also caused bahang naik!

Supercalifragilisticexpialidocious
Supercalifragilisticexpialidocious
5 Jun 2014 12.24pm

Climate is getting warmer due to worldwide indiscriminate development which the Penang govt is doing exactly same thing. The big patch as many called it botak hill is still there although they are planting some shrubs to cover up the eye sore. Is this a cover up to close the eye of several development now undertaken along Jalan Bukit Gambier further down the road on the side of botak hill. Some of these developments are on hill slope more than 25% which should be banned under the Structure Plan of 2007 that gazettes no development above 250 ft or more… Read more »

tunglang
4 Jun 2014 11.10pm

Yes, the climate is getting warmer & warmer in Penang. 2014 has the hottest & driest weather spells in recent decades, 2013 unleashed freaky, unpredictable weather anger that seen a lost of one life buried deep in the middle of Macalister Road. But the crave to develop brick & mortar lifestyle structures & expanding roads, not to forget the illegal botak-ing of virgin hills has contributed greatly to the instability of weather behaviour. More cement & tar than greeneries – we should rename Greener, Cleaner Penang as Penang Ang-Mo-Hoe Bing Chui. Penangites should protest by wearing cool Pagoda singlets to… Read more »

Danny Kua
Danny Kua
5 Jun 2014 11.13am
Reply to  tunglang

fyi Pagoda singlets are not cheap anymore due to poorer exchange rate btwn rinngit & renminbi. 5 years ago i bought one for RM8. Now must be over RM10 ?

as for Good Morning mini towel, you can get them free if you go support traditional chinese funeral events but do pray with jossticks first 🙂

tunglang
5 Jun 2014 10.07pm
Reply to  Danny Kua

Danny Kua: …as for Good Morning mini towel, you can get them free if you go support traditional chinese funeral events but do pray with joysticks first.

Omenous comment – maybe at CAT’s funeral post next GE. But who want to worship it when CAT’s 9-chance lives are over?
9 chances to buck up are 9 too many, one of which is to forget the tunnel.

Don Anamalai
Don Anamalai
6 Jun 2014 8.35am
Reply to  Danny Kua

Danny

Nothing is cheap nowadays. Even Old Town White Coffee restaurant has up its prices by 10%.

If you want a T-shirt or tank top below RM10 (I,e, RM9.90), try at UniQlo sale.

Already we are hearing that petrol hike of 20 sen/litre is looming.
BN still dare not tell us if GST is applicable to petrol purchase.

Aidil
Aidil
7 Jun 2014 1.14pm
Reply to  Danny Kua

Actually can get those 1msia or 1m4u free t shirts if you bother to participate in pro BN NGO events. This is evident among the Bangladeshi and Indonesia workers.

charleskiwi
4 Jun 2014 1.00pm

Now if this land reclamation is on then the worry where to get the extra water from to look after their needs. Start planning the building of the dissemination plant. Don’t waste a minute more and most of all don’t even in your dream that the central government, if they are able to stay in Putrajaya, will ever come to your rescue. A typical example is the recent drought problem in Selangor, why did the central government do to help the opposition administrator of Selangor ? For crying loud start building, above every thing else, the dissemination plant for your… Read more »

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x