The state government is doing the right thing in trying to provide alternative housing for the Rumah Hijau, Mak Mandin settlers.
Many of the residents of Ruman Hijau are families and descendants of urban pioneers who were relocated to ‘temporary’ longhouses when the Mak Mandin Industrial Estate was opened in Butterworth in the 1960s.
They are still waiting for permanent housing after all these years.
Some of the settlers in Mak Mandin were relocated a few years ago to rented premises with minimal compensation when they were displaced by a property development project.
This is a letter from Guan Eng to the federal Housing and Local Government Ministry.
PSUKPP/21/0353/28(1806/2012)
21 Jun 2012
YB Dato’ Seri Chor Chee Heung
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 18, No.51 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 03-88915012
62100 Putrajaya Fax : 03-88915022Yang Berhormat Dato’ Seri,
MENYOKONG KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGELUARKAN WANG MEMBELI TANAH DAN KOS PEMBINAAN RUMAH PANGSA BERDEKATAN TAPAK RUMAH HIJAU MAK MANDIN SEBAGAI GANTIAN TETAPI MESTI UNTUK KESEMUA LEBIH 300 BUAH KELUARGA SETINGGAN DAN BUKAN HANYA 70 BUAH KELUARGA YANG DIPINGGIRKAN EKORAN PENSWASTAAN TANAH OLEH KERAJAAN BN LAMA
Kami merujuk kepada surat Jabatan Perumahan Negara Ruj(2) KPKT(S) 06/A/864/2/3 oleh Dato’ Ramlan bin Harun tanggal 17 Mei 2012 dan surat saya kepada Yang Berhormat pada 19 Jun 2012, Rujukan : PSUKPP/21/0353/28(1757/2012) berkaitan perkara di atas.
2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan Kerajaan Negeri terhadap cadangan yang dibuat oleh BN Bagan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan wang untuk membeli tanah dan juga kos pembinaan Rumah Pangsa berdekatan dengan tapak Rumah Hijau Mak Mandin di Butterworth. Kami hanya mengenakan syarat bahawa rumah gantian yang dibina mestilah untuk kesemua lebih 300 buah keluarga dan bukan hanya 70 buah keluarga yang dipinggirkan ekoran penswastaan tanah oleh kerajaan BN lama sebelum 2008.
3. Sebahagian besar keluarga asal di Rumah Hijau Mak Mandin telahpun berpindah ke Rumah Pangsa Mampu Milik di Ampang Jajar dan mereka harus diberikan pilihan sama ada untuk terus kekal di Rumah Pangsa Mampu Milik Ampang Jajar ataupun berpindah balik ke tapak berdekatan Rumah Hijau. Adalah tidak patut dan tidak adil mereka dinafikan hak membuat pilihan berpindah balik hanya kerana mereka kini menduduki Rumah Pangsa Mampu Milik Ampang Jajar. Sekiranya mereka bersedia pindah balik, maka unit rumah yang dikosongkan di Ampang Jajar akan diberikan kepada golongan keluarga tidak berada lain yang perlukannya. Tidak ada sesiapa yang akan dibenarkan memiliki dua buah rumah seperti yang didakwa.
4. Saya percaya Persatuan Penduduk Rumah Hijau Bagan, Mak Mandin juga tidak akan menentang cadangan keluarga asal Rumah Hijau yang sudah berpindah ke Rumah Pangsa Ampang Jajar agar diberikan pilihan untuk berpindah balik. Atas prinsip keadilan dan layanan sama rata ini, Kerajaan Negeri bertegas bahawa kos pembiayaan oleh pihak Kerajaan Persekutuan harus merangkumi kesemua lebih 300 buah keluarga setinggan yang telah dipinggirkan ekoran penswastaan tanah oleh Kerajaan BN lama sebelum 2008. Adalah tidak patut rumah pangsa disediakan untuk hanya 70 buah keluarga dan bukan keseluruhan lebih 300 keluarga itu dan inilah sebabnya kira-kira 350 unit perlu dibina.
5. Kerajaan Negeri ingin mengulangi persetujuan (dan bukannya untuk dipertimbangkan) untuk menyediakan sebidang tanah bagi menampung pembinaan 350 unit rumah pangsa sama ada bersebelahan atau bertentangan dengan tapak rumah hijau yang sedia ada. Tanah ini juga boleh dibeli oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Kami akan mengenalpasti tanah dan butiran terperinci tanah tersebut akan dihantar kepada pihak YB dalam masa seminggu hingga 10 hari lagi.
6. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pihak Kementerian Yang Berhormat boleh memulakan dengan serta-merta proses menukarkan pertimbangan wang peruntukan di dalam Rolling Plan Ketiga (RP-3) Rancangan Malaysia Ke-10 kepada satu komitmen persetujuan geran wang secara langsung untuk membina rumah pangsa tersebut. Komitmen geran secara hitam putih (bertulis) adalah perlu demi mengelakkan persepsi negatif dan kerisauan penduduk bahawa pertimbangan wang peruntukan di bawah Rolling Plan Ketiga hanya janji kosong yang akan dilupakan selepas pilihanraya besar.
Sekian, terima kasih.
‘CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS’
Yang ikhlas,
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
s.k. Persatuan Penduduk Rumah Hijau Bagan, Mak Mandin,
1068/5, Rumah Hijau, Mak Mandin,
13400 Butterworth, Pulau Pinang.
u/p : Encik Samsudin bin Mohamed Fax 04-3232034/
Please help to support this blog if you can. Read the commenting guidlelines for this blog. |
BN AMMO menjadi masalah, PR menyelesaikan
BN AMMO Musnah, PR membuat baik