Botak Hill rezoning: Say what?

2
531

I am not sure I understand the logic behind the rationale given (see report below) for the rezoning of Botak Hill (from hill land to low density housing) by the State Planning Committee. Can anyone help me understand?

Apparently, the rezoning was to correct an error that had been made earlier and to streamline the status with an adjacent lot which was zoned as housing under the BN administration??

This is from Buletin Mutiara:

Bukit Botak: ‘orang’ yang buat fitnah perlu minta maaf.
18 November at 14:55 ·

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan aktiviti penggondolan Bukit Gambir dekat Relau yang lebih dikenali sebagai “Bukit Botak”, sebagaimana didakwa oleh pemimpin tertentu parti Gerakan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tujuan pengezonan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah demi memulihara semula kawasan tersebut.

“Kalau ia adalah suatu projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, kita akan tanggung kesalahan itu, tetapi, ia adalah suatu pembangunan haram (tanpa kebenaran Kerajaan Negeri).

“Pengezonan untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sidang media di sini, petang tadi.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Risalah Penang Goes Orange di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Lagipun, tegasnya, syarikat yang terbabit dengan aktiviti penggondolan bukit tersebut telahpun didakwa dan dihukum sebelum ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dalam kenyataan berasingan mencabar Gerakan mengemukakan bukti, kononnya aktitiviti penggondolan bukit tersebut mendapat kebenaran kelulusan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Apa yang didakwa sebagai kelulusan SPC (Jawatankuasa Perancangan Negeri) sebenarnya adalah memulih dan selaraskan status zon perumahan dengan lot sebelah yang semenangnya dizon sebagai perumahan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).”

“Pada hakikatnya, sehingga kini, tiada apa-apa permohonan diterima.

“Kalau parti Gerakan dapat menunjuk bukti, saya rela menerima hukuman dari Dewan Undangan Negeri kerana memberi maklumat yang salah,” ujar Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota.

Terdahulu, Kon Yeow memberitahu bahawa kerja-kerja mitigasi berwajib diteruskan semula sejak Julai lalu lagi, dan projek kehijauan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Januari tahun depan.

Katanya, kerja-kerja mitigasi yang dilakukan antaranya adalah menanam pokok dan rumput, membina kolam enapan dan membina sistem parit, demi mengelak bencana seperti limpahan air atau risiko hakisan tanah.

“Memang kalau dari Jambatan Pulau Pinang, nampak kawasan ‘Bukit Botak’ itu menjadi semakin botak, tetapi, sebenarnya itu adalah kerja mitigasi yang sedang dijalankan.

Difahamkan, kerja-kerja mitigasi yang telahpun dilaksanakan sebelum ini telah 30 peratus siap, serta mampu meminimumkan risiko hakisan tanah akibat aktiviti penggondolan bukit sejak pertengahan tahun 2013.

Difahamkan, isu penggondolan sekitar Bukit Relau telah mendapat bantahan banyak pihak kerana dilihat bercanggah dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang yang diwartakan pada 28 Jun 2007 itu antara lain melarang pembangunan di kawasan melebihi 76.2 meter (250 kaki) dari paras laut, dan di cerun dengan kecerunan melebihi 25 darjah.

Please help to support this blog if you can.

Read the commenting guidlelines for this blog.
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
tunglang

Q: the rezoning was to correct an error that had been made earlier and to streamline the status with an adjacent lot which was zoned as housing under the BN administration. A: If Cleaner & Greener Penang is exclusively CAT’s Promise or should I be more precise – Niao Kong’s, then don’t play the fool with Penangites by committing the ‘all-too-clear sin’ (again) against Nature – a land conversion as a darling developer’s legal proxy to perogolan alam semula jadi. To correct an error in this case should be to take action as opposed to what has been committed by… Read more »

rajraman666

I understand one thing. After 2 election their defence still blame UMNO although they have the power to damage control. Botak the hill under their eye but no one see ? The Public can see and cry but the appointed new servant can’t see? Makan gaji buta kah? Gaji baru sudah naik lagi. rajraman.Mean while to closed Public eye they landscape it with drain.There is a lot of difference between landscape and the developer will benefits and the rich will love a new clean trim colorfull plants.The rezoning to low density for the rich.Not many peoples can efford low density… Read more »