Anwar speaks on Ketuanan Rakyat

1
134

This report from tvantara.com on Anwar’s speech from the packed MBSA auditorium in Shah Alam this evening. Nothing really new; though there’s an acknowledgement that a serious economic crisis is at our door-step.  At the same time, however, he is being overly optimistic in pointing to the record investment figures achieved by some of  the Pakatan states. Many of these approved projects could be delayed or cancelled altogether in light of the global recession.

Anwar and his Pakatan colleagues need to develop a radical reorientation of the economy away from the FDI-driven model of economic growth, which in many countries has widened the gulf between the rich and the poor and severely degraded the environment. A more eco-friendly and people-friendly approach that includes promoting small to medium-scale local business activity and sustainable farming/food security as well as upgrading essential public services should be discussed and thought through.

We also need to reduce the “financialisation” of the economy and minimise the scope for speculation while focusing more on the real economy and empowering marginalised communities.

Masa sudah tiba untuk rakyat bangkit menghayati kembali erti perjuangan kemerdekaan yang bertunjangkan ketuanan rakyat dan menolak kepimpinan perasuah dan perompak harta benda.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat akan membawa kepada demokrasi matang di bawah naungan raja beperlembagaan.

“Kita mahukan demokrasi yang matang, bukan demokrasi yang tempang, bukan demokrasi yang kakinya dipatahkan oleh mereka yang terus ingin berkuasa meskipun telah tidak lagi didukung oleh rakyat,” kata

Anwar dalam Pidato Kebangsaan bertajuk “Ketuanan Rakyat” di Shah Alam sebentar tadi.

Lebih 1,000 pemimpin PKR, ketua masyarakat, dan wakil kedutaan asing hadir mendengar ucapan Anwar pada ulangtahun pertama pilihanraya umum ke 12.

Pilihanraya bersejarah itu menyaksikan gagasan Pakatan Rakyat yang merangkumi Keadilan, PAS dan DAP menamatkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen selain menubuhkan kerajaan di lima negeri.

Datuk Seri Anwar mengupas cabaran politik dan sosial, khususnya hubungan antara kaum yang terpaksa diharungi oleh rakyat dalam persekitaran kegawatan ekonomi yang membelit mereka dalam keperitan hidup harian.

“Di depan mata kita adalah krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah bangsa kita,” kata Anwar. “Tetapi kita juga berdepan dengan rasuah, krisis undang-undang dan masalah hubungan kaum yang meruncing.”

Anwar berkata segala krisis itu hanya boleh diselesaikan oleh rakyat.

“Maka rakyat perlu perkasa dan berjiwa besar yang menuntut pengurusan bersih dari rasuah dan kezaliman; mampu menjana ekonomi dan perihatin dengan penderitaan rakyat.”

Merujuk kepada kegawatan ekonomi, Anwar berkata wujud kaitan jelas antara permasalahan ekonomi dengan pengurusan negara yang berpaksi kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Beban rakyat bertambah akibat kebocoran atau ketirisan – kos air, elektrik dan tol meningkat,” kata Datuk Seri Anwar.

“Ini juga berpunca daripada kecurangan dan perjanjian memihak kepada pemodal dan membebankan rakyat samada konsesi tol lebuhraya atau janakuasa bebas (IPP)”.

Datuk Seri Anwar berkata BN sekian lama menangguk di atas keperitan rakyat miskin dengan memberikan sedikit bantuan yang hanya bertujuan mengetatkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan remeh seumpama itu.

Pendekatan itu adalah politik murahan BN yang tidak berupaya melepaskan rakyat daripada putaran ganas kemiskinan dan oleh itu harus ditamatkan.

Sudah tiba masa untuk rakyat menuntut program bantuan lebih berkesan yang merentasi kaum, umpamanya kredit mikro untuk masyarakat Melayu, bumiputera dan rakyat miskin.

“Kita perlu melakukan anjakan dalam dasar pembangunan desa dan pendekatan baru dalam menangani kemiskinan bandar,” kata Datuk Seri Anwar. .

Mengenai hubungan antara kaum, Datuk Seri Anwar berkata ketuanan rakyat perlu ditegakkan di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan.

Beliau berkata perbedaan pendapat akibat daripada perbezaan agama dan budaya harus dilihat dari sudut positif supaya tidak menjurus kepada konflik dan kekerasan. Full story here.

Please help to support this blog if you can.

Read the commenting guidlelines for this blog.
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
oto

DSAI CUD HAVE DONE BETTER IF NOT FOR THE 916 PROMISES.A LITTLE LETDOWN.

SO HOPE TO SEE A DIFFERENT DSAI THIS TIME IN 2009 WITH LESS PROMISES BUT JUST GO FOR THE “KILL”..

CAUGHT THE “BEAST’ BY SURPRISE..A CALM BEFORE A STORM WOULD BE JUST GREAT.