Penang Port was quietly privatised to Sea Port Terminal on 23 Novemeber 2013 – and it was carried out by restricted tender. Another strategic national asset falls into the clutches of Syed Mokhtar Albukhary’s business empire, rather than into the hands of the people of Penang.
Bayan Baru MP Sim Tze Tzin describes his shock in the following statement:
Pada 24 Mac, 2014, sesi parlimen yang lepas, saya meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang. Bilakah perjanjian akan ditandatangani. Apakah rasional penswastaan tersebut.
Jawapan yang saya terima amat mengejutkan kerana, tanpa sebarang kenyataan umum (public announcement), perlabuhan Pulau Pinang telah diswastakan pada 23 November 2013. Jawapan yang diberikan oleh Parlimen adalah:
“Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd telah diperakukan sebagai pembida yang Berjaya bagi cadangan penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn Bhd.
“Rundingan mengenai terma-terma perjanjian telah dimuktamadkan dan perjanjian tambahan (supplemental agreement) penswastaan perlabuhan Pulau Pinang telah ditandatangani pada 23 November 2013 antara pihak kerajaan yang diwakili oleh kementerian pengangkutan dan suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang dengan pihak syarikat”.
SOAL KETELUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Ini menimbulkan pelbagai kemuskilan, kenapa tidak mengumumkan berita yang cukup penting ini? Kenapa Penang Port diswastakan secara senyap-senyap? Adakah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu? Adakah kerajaan takut rakyat mengetahui satu lagi asset strategic nasional telah diswastakan? Dan pemenang sekali lagi adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Penang Port adalah aset strategik nasional (National Strategic Asset). Apabila asset yang begitu penting diswastakan, Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat kenapa ia diswastakan, apakah hala tuju dan perancangan masa depan. Apakah kandungan utama perjanjian penswastaan. Berapakah nilai bayaran oleh syarikat Seaport Terminal. Ini semua tidak diberi tahu kepada rakyat, keputusan dibuat seolah-olah dalam “kotak hitam”. MH370 adalah satu misteri, sekarang Penang Port juga menjadi misteri.
Bolehkah kerajaan kita memastikan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar ini akan mengutamakan kepentingan keselamatan Negara dan orang awam lebih daripada membuat keuntungan yang terbesar?
TENDER TERHAD AMALAN URUS TADBIR BURUK
Perkara kedua yang amat menyedihkan adalah, sekali lagi penswastaan ini adalah melalui tender terhad (restricted tender). Pada hakikatnya, pada 3hb Ogos 2012 presiden Transparency International pada masa itu (kini Menteri dalam Jabatan Menteri) Dato’ Paul Low telah mengecam langkah penswastaan sebagai melanggar amalan urus tadbir yang baik dan telus. Beliau berkata penganugerahan kontrak kepada Seaport tanpa melalui tender terbuka secara kompetitif menunjukkan bahawa
Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengamalkan apa yang disarankan berkaitan akauntabiliti dan melawan rasuah. Datuk Low pada masa itu juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melihat dakwaan oleh Dewan Perniagaan Pulau Pinang bahawa pelupusan Pelabuhan Pulau Pinang telah melanggar Akta Anti-Persaingan. Barisan Nasional Pulau Pinang yang dipimpin oleh Teng Chang Yeow juga membantah penswastaan perlabuhan Pulau Pinang.
Persoalan sekarang adalah kenapa kerajaan pusat berdegil meneruskan penswastaan secara tender terhad walaupun ditentang kuat oleh BN Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang, kesatuan pekerja, pengusaha logistik, dewan-dewan perniagaan dan NGO-NGO?
TERLALU BANYAK ASET STRATEGIK NEGARA DALAM TANGAN SEORANG PENIAGA
Ketiga, pemenang tender adalah Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd milikan Tycoon Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Kebelakangan ini, satu demi satu asset strategik nasional dan syarikat strategik satu demi satu telah jatuh ke tangan Tan Sri Syed Mokhtar. Di antaranya adalah Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia, Bernas, Puspakom, Central Sugar Refinery dan banyak lagi. Mengapakah kerajaan membenarkan seorang peniaga merangkumi begitu banyak asset strategik dalam tangan seseorang? Adakah ini melanggar kepentingan nasional?
Mengikut laporan, syarikat-syarikat kepunyaan Tan Sri Syed Mokthar mempunyai hutang setinggi RM34.5billion. Ini menimbulkan pertanyaan adakah beliau berupaya menjalankan suntikan modal (capital injection) ke dalam PPSB yang akan mungkin memerlukan lebih RM1 billion ringgit. Suntikan modal ini amat perlu untuk menjalankan kerja-kerja pengerukan utama (capital dredging) berjumlah RM350 juta dari 11.5m ke 14.5m yang telah lama ditundakan. Ia juga perlu menanggung beban hutang RM1.2bn oleh PPSB, dan kos pengangkutan feri yang rugi RM16 juta setiap tahun.
Soalan susulan adalah adakah Penang Port akan menjadi feeder port kepada Perlabuhan Tanjung Pelepas? Adakah penstrukturan semula PPSB akan menyebabkan pekerja-pekerja tempatan dibuang kerja? Bilakah pengerukan utama akan dijalankan?
Dengan segala misteri yang timbul akibat penswastaan perlabuhan Pulau Pinang, saya menyeru Perdana Menteri and Menteri Pengangkutan supaya mengumumkan segala butiran penswastaan ini dengan segera supaya rakyat Malaysia boleh percaya Kerajaan adalah jujur dan bukan untuk menggadaikan rakyat dalam proses penswastaan ini.
Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Please help to support this blog if you can. Read the commenting guidlelines for this blog. |
semua harta harta ibu pertiwi diswastakan oleh satu orang, proxy BN !!!
habis la negara ini, tanah tumpah darah ku…
berterimakasih la kepada 47% bodoh bodoh !!!
this 47% bodoh bodoh didn’t realise that they are burying the future and the lives of their children alive !!!
one misteri Malaysia, wonderfool !!!
Cerita-Cerita Syed Mokhtar Al-Bukhari Dan Kita
CMF to be made Chairlady for Penang Port as part of direct negotiation dealings ?
What is restricted tender? Does that mean like if 4 Ah Bengs and me had RM250 between us to bid, we could enter the tender and then it closes after someone with billions is included?
Learn from your CAT
They don’t have experience in restricted tender lah.
Anil
Do you have any update regarding the land swap deal involving a joint-venture company between Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), TSR Capital Bhd and Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (PBT) on the current RMAF land in Butterworth in exchange for a full new air force facility?
Will this excite the property market in Butterworth?
I hope it doesn’t materialise. Otherwise, it will push up property prices on the mainland even more.
Surprise surprise surprise !!!
Privatisation was a surprise. PAS Hudud in Pakatan’s first state also a surprise. Going by the rate, the next Hudud state will be in Selangor judging by the recent actions by JAIS. Then Penang. Whoa !!! PAS Hudud ini kalilah !!!!
p.s. Siapa bodoh bodoh pergi undi PAS & UMNO ???
Privatization is not a surprise. It happen a long time and given to both sides of the divide. Whether its good or bad its subjective. The worse part is giving up our land and sea for reclaimation without concern for the law and environment. And worse still giving it to their cronies. Look around and see which big development is not the CAT`s cronies.
Yes inikali we have really been misled by the CAT to vote PAS. The CAT say there is a consensus No hudud but PAS said otherwise and even Anwar agrees
Hudud is appropriate for those who steal from the nation’s coffer.
But Hudud can interfere & complicate matters in civilian laws which apply to all Malaysians.
Inevitably, we have to choose (wisely).
Maybe, we should ask the pro-hudud Kelantanese how come they are not sweating.
We may learn a thing or two.