The Penang state government will ask the Asian Women Leadership University Malaysian Foundation and the federal government to look again at alternatives to the site chosen at Kampung Genting, Balik Pulau site following criticism from Umno.
Chief Minister Lim Guan Eng said in a statement:
Kerajaan negeri akan meminta sekali lagi AWLU Malaysian Foundation(AWLU) dan kerajaan persekutuan menimbang semula tapak tanah seluas 100 ekar yang lain daripada tapak yang AWLU pilih sekarang di Kampung Genting, Balik Pulau. Ini berikutan taktik politik kotor daripada UMNO, khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, yang menggunakan isu perkauman untuk menggagalkan suatu inisiatif pendidikan yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan dan disokong oleh kerajaan negeri.
Taktik kotor Farid menggunakan isu perkauman bahawa kerajaan negeri nak halau orang Melayu dan rampas tanah pemilik Melayu semata-mata demi kepentingan politik adalah tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab. Macam mana boleh gunakan isu perkauman bila 59 ekar tanah dimiliki bukan Melayu berbanding dengan 39 ekar tanah dimiliki oleh orang Melayu?
Lagipun tanah diambil bukanlah untuk tujuan swasta bagi meraih keuntungan besar tetapi adalah untuk tujuan awam, iaitu membina sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di dunia yang dijangkakan pada suatu hari nanti akan melebihi dan lebih terkenal daripada USM.
Perlu diingatkan bahawa kerajaan negeri hanya memulakan proses pengambilan tanah selepas menerima surat tanggal 12 Jun 2012 daripada CEO Pemandu merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Dato’ Sri Idris Jala. Dalam surat beliau, dinyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiddin Yassin telah meluluskan projek AWLU sebagai suatu Entry Point Project(EPP) pendidikan pada 10.2.2012.
Dato Seri Idris Jala menyatakan AWLU adalah sebuah institusi pengajian tinggi bukan keuntungan yang digerakkan oleh Smith College, sebuah universiti wanita yang termasyhur di Amerika Syarikat. Menurutnya AWLU berhasrat mendirikan institusi pengajian tinggi daripada Asia dan Timur Tengah yang hanya terbuka untuk golongan wanita sahaja.
Saya difahamkan bahawa banyak negara telah merebut-rebut untuk menarik AWLU, malah negeri-negeri lain telahpun membuat tawaran yang jauh lebih baik daripada Pulau Pinang. Akan tetapi AWLU telah memilih tapak di Pulau Pinang di Kampung Genting yang telahpun dipastikan sebagai hab pendidikan cemerlang. Kerajaan negeri tidak menjalankan pengambilan tanah seungguhpun telah diwartakan hampir 2 tahun lepas kerana ingin memulakan pengambilan tanah hanya bila ada tawaran daripada universiti terkemuka secara hitam putih. Ini adalah untuk mengelakkan dakwaan bahawa kerajaan negeri rampas tanah rakyat sungguhpun belum ada tawaran kukuh daripada universiti.
Selepas mendapat tawaran secara hitam putih daripada AWLU dan pengesahan daripada kerajaan persekutuan, barulah proses pengambilan tanah dimulakan. Dalam surat tersebut Dato Sri Idris Jala juga menyatakan bahawa projek AWLU akan membawa masuk pelaburan sebanyak RM492 juta dan impak kepada Gross National Income Malaysia adalah RM74.4 juta serta mewujudkan 190 perkerjaan bernilai tinggi yang baru.
Dato Sri Idris juga menyatakan keyakinan beliau bahawa AWLU akan mentransformasikan pendidikan tertiary di Malaysia. PEMANDU akan membantu sedangkan pelesenan adalah di bawah garispanduan Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, Dato Sri Idris meminta kerajaan negeri memudahcara pemindahan tanah seluas 100 ekar kepada AWLU.
Adakah Mohammad Farid Saad Berani Letak Jawatan Daripada UMNO Dan BN Untuk Membuktikan Beliau Benar-benar Ikhlas Menentang Projek AWLU Yang Diluluskan Oleh Tan Sri Muhyidin Yassin?
Sungguhpun berbeza dari aspek politik, kerajaan persekutuan dan negeri harus bekerjasama demi kepentingan awam, khususnya dalam bidang pendidikan. Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menyokong penubuhan institusi pengajian tinggi yang cemerlang seperti AWLU kerana ia adalah sangat penting dalam membina modal insan atau sumber manusia untuk menjamin masa depan Pulau Pinang. Ini membuktikan kerajaan negeri bersedia ketepikan kepentingan politik peribadi yang sempit dan menyokong AWLU sungguhpun inisiatif ini datang daripada kerajaan persekutuan.
Saya amat kesal bahawa semasa kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan persektuan, Mohamad Farid sedia menggadaikan masa depan anak-anak warga Balik Pulau dan Pulau Pinang demi survival politiknya. Ini adalah suatu perbuatan berniat jahat dan mementingkan diri sendiri sekali! Adakah Mohamad Farid sampai hati menjejaskan keharmonian kaum dan masa depan kanak-kanak di Balik Pulau dan Pulau Pinang sampai gunakan isu perkauman dan fitnah menentang inisiatif yang datang daripada kerajaan perseketuannya sendiri?
Kalau begitu, lebih baik Mohammad Farid letak jawatan dan keluar daripada UMNO dan BN untuk menunjukkan beliau benar-benar ikhlas menentang projek AWLU yang telahpun diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.
AWLU telah memilih tapak di Kampung Genting sungguhpun diberikan pilihan lain sebelum ini oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan sekali lagi meminta kerajaan persekutuan dan AWLU samada boleh menimbang tapak lain.
Please help to support this blog if you can. Read the commenting guidlelines for this blog. |
Bila kawan-kawan sekapalnya, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar, jual tanah 31 orang Melayu di Kampung Terang dengan keuntungan RM5juta, anak Tok Imam ni diam je. Tanda setuju kot. Masyukkk…
Here we go again…playing the race card.
Hi semua, Dengan kenyataan bahawa “Macam mana boleh gunakan isu perkauman bila 59 ekar tanah dimiliki bukan Melayu berbanding dengan 39 ekar tanah dimiliki oleh orang Melayu?” TERBUKTI bahawa ADUN UMNO Baru Farid itu memainkan politik perkauman, kononnya kerajaan negeri cuba menghalau kaum Melayu dari Balik Pulau!! Malahan projek AWLU and tapaknya itu telah diluluskan kerajaan Persekutuan, pimpinan UMNO Baru! Farid itu sepatutnya mengadukan kepada Kerajaan Persekutuan. yang telah meluluskan tapak itu, bahawa tindakan kerajaan pusat semata-mata menghalau kaum Melayu dari Balik Pulau! Kerajaan Negeri PP hanya memainkan peranannya untuk pengambilalih tanah itu bagi projek AWLU! Langkah kerajaan negeri Pulau… Read more »