Botak Hill: MBPP’s statement

6
781

On 13 July, the MBPP issued the following statement. I am not sure about 3 iv) and v) ie all that land clearing and blasting of rocks in carrying out the mitigation work. (See items in bold; emphasis mine) Visually, the mid-section does not look good at all now.  For now, we just need to pay close attention with what is going on up there.

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI KERJA-KERJA MITIGASI DI LOT 11396, MUKIM 13, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG DI BUKIT RELAU OLEH TETUAN GENERAL ACCOMPLISHMENT SDN. BHD

Dimaklumkan bahawa Kenyataan Akhbar oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang ini adalah susulan kepada laporan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai kerja-kerja tanah di Bukit Relau.

1. Kerja-kerja mitigasi di Bukit Relau oleh Tetuan General Accomplishment Sdn. Bhd. telah dimulakan pada April 2015. “Erosion and Sedimentation Control Plan” (ESCP) dan rekabentuk pengukuhan cerun (slope strengthening design) untuk memitigasi kejadian gelinciran tanah (landslips) serta pencemaran akibat aliran lumpur di bahagian hilir kawasan bukit telah diperakukan oleh MBPP berasaskan cadangan perunding geoteknikal yang telah dilantik oleh Tetuan General Accomplishment Sdn. Bhd. Pelan mitigasi ini telah disemak oleh pakar perunding geoteknikal, Dato Ir. Dr. Gue See Sew. Adalah dijangka bahawa kerja-kerja mitigasi di tapak akan mengambil masa 6 bulan untuk disempurnakan.

2. Kerja-kerja mitigasi di tapak melibatkan perkara-perkara berikut :-

i. Pembinaan beberapa kolam enapan dan tadahan di sepanjang masuk laluan ke tapak;

ii. Memotong cerun supaya menjadi lebih landai serta menutup cerun yang terdedah dengan tumbuhan; dan

iii. Menyediakan parit tetangga (cascading drains) di sepanjang masuk laluan untuk menyurai tenaga air larian permukaan (dissipate energy of surface runoff) serta memitigasi hakisan tanah.

3. Siasatan tapak berkala dijalankan oleh MBPP untuk memeriksa kerja-kerja mitigasi yang dijalankan. Adalah didapati bahawa kerja-kerja berikut telah dilaksanakan iaitu:-

i. Kolam enapan (sedimentation pond) telah dibina untuk menampung aliran air dari atas bukit;

ii. Rumput telah ditanam di laluan naik atas bukit untuk menangani masalah hakisan. Lebih banyak tumbuhan dapat diperhatikan di bahagian cerun yang dipotong.;

iii. Sebahagian cerun juga telah ditutup menggunakan ‘geotextile’ untuk mengurangkan hakisan tanah;

iv. Pemotongan tanah telah dibuat untuk menyediakan akses untuk kenderaan berat dan menjalankan kerja-kerja peletupan batu. Pemotongan ini adalah bersifat setempat (localised) terletak di bahagian permulaan laluan masuk ke tapak. Adalah didapati pemotongan telah dibuat untuk menyediakan tapak kerja yang selamat dan memudahkan pergerakan kenderaan berat.

v. Kerja-kerja penebukan batu (drilling) sedang dijalankan untuk membolehkan kerja-kerja peletupan batu. Batu-batu besar perlu dikeluarkan untuk menyediakan laluan yang selamat dan meneruskan dengan kerja-kerja mitigasi. Kerja-kerja peletupan batu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains serta pihak polis.

4. Secara amnya, adalah didapati bahawa kerja-kerja pemotongan tanah adalah untuk membolehkan kerja-kerja mitigasi dijalankan di tapak. Pemantauan akan diteruskan oleh MBPP dan perunding geoteknikal untuk memastikan kerja-kerja yang dijalankan adalah mengikut pelan mitigasi yang diperakukan.

Disediakan oleh :
Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Bertarikh : 13 Julai 2015

Please help to support this blog if you can.

Read the commenting guidlelines for this blog.
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
lim
lim
19 Aug 2015 2.51pm

Honestly, i cant quite understand, apa itu mitigasi ? So long as there are no houses built am fine, preserve environment as much as possible please. When land is concerned Hong Kong is more desperate than us, and yet i didnt see any botak hill in Hong Kong.

zoro
zoro
20 Aug 2015 6.18pm
Reply to  lim

HK is reclaiming land from the sea. They are going to have more land reclamation. The victoria harbour from central ti Kowloon is getting narrow. HK is mainly granite hills and bushes strive on it not virgin jungles like Malays. That is why even at night the temp is hot or relatively constant day and night

lim
lim
21 Aug 2015 11.39am
Reply to  zoro

Thks zoro for in4.

Alvin
Alvin
19 Aug 2015 12.22pm

As Botak as the head of Arul Kanda?

Yi
Yi
19 Aug 2015 9.22am

This is real worm coming out. Did we see any improvement since the past 2 years

Awie
Awie
19 Aug 2015 12.09pm
Reply to  Yi

Plenty of worms in the BN cabinet.