Lim Guan Eng, the Penang state assembly member for Air Putih, has raised a string of issues at the state assembly today: higher tariffs, a water infrastructure mega-project, the landslide, the Karpal Singh Drive reclamation, Batu Kawan industrial development…
Pay attention to the whopping RM24bn water costs due to water treatment in Perak: RM8bn capacity charge and RM16bn supply charges. Over a 40-year period, that comes up to RM210m a year in capacity charges and RM1.70 per cubic metre in supply charges. How will these costs be passed on to industrial and residential consumers? How much subsidy can PBAPP give consumers when its own net profit currently amounts to just over RM115m for the 2025 financial year?
Here are several excerpts:
Saya bangun menyokong Belanjawan Negeri 2027 sebanyak RM 1.074 bilion yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri dengan peningkatan baki Akaun Hasil Disatukan (AHD) daripada RM522.87 juta pada akhir 2025 kepada RM 651.28 juta pada akhir 30 Oktober 2026. Prestasi ekonomi yang baik adalah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK sebanyak 7.3% kepada RM 130.3 bilion pada 2025, melebihi pertumbuhan KDNK negara sebanyak 5.2%.
Sebelum meneruskan ucapan, saya ingin mengalu-alukan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang baru Datuk Dr. Jafri Abdul Jalil, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026, menggantikan Datuk Seri Zulkifli Long. Selamat Pulang Kembali YB SUK kepada negeri asalnya Pulau Pinang. Saya juga hendak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang Datuk Seri Zulkifli Long dan mengirimkan Salam Selamat Bersara.
Sekiranya Belanjawan 2027 yang bertemakan “Merakyatkan Visi dan Menempa Legasi” harus diterjemahkan dengan manfaat dan faedah yang dapat dilihat, disentuhi dan dirasai. Dengan kata lain, membolehkan rakyat hidup lebih senang, membuat betul bagi rakyat, dan memberikan harapan kepada rakyat adalah lebih penting :- Jangan semata-mata hendak menempa legasi, kerajaan pula kehilangan sokongan rakyat.
Membolehkan Rakyat Hidup Lebih Senang
YAB Ketua Menteri menyatakan kedudukan AHD kerajaan negeri bertambah baik pada 2025 kepada RM 522.87 juta, iaitu sebelum kenaikan bayaran dilaksanakan dalam tahun 2026. Tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh menangguhkan kenaikan kadar bayaran dan fi, termasuk cukai tanah, tariff air dan semua bayaran lain-lain sehingga akhir penggal kerajaan negeri ini. AHD pula naik sebanyak RM 128.4 juta kepada RM 651.3 juta untuk 10 bulan pertama 2026.
Sememangnya dalam keadaan ekonomi yang penuh mencabar bagi rakyat biasa dan perniagaan, khususnya Perindustrian Mikro Kecil dan Sederhana(PMKS), rakyat tidak harapkan kerajaan meringankan kos tetapi sekadar jangan naikkan cukai dan kos pematuhan. Malangnya kenaikan cukai tanah, tarif air dan bayaran lain telah membebankan rakyat dan pengusaha.
Sungguhpun pertumbuhan KDNK negara berkembang dengan pesat sebanyak 6% pada suku kedua 2026, kemajuan ini tidak dapat dikecapi oleh rakyat biasa dan PMKS. Hanya sektor eksport dan industri tertentu dapat menikmati pertumbuhan KDNK sepenuhnya dengan sektor perbankan mencatatkan kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 13.5% atau RM 6.5 bilion daripada RM 48.3 bilion dalam tahun 2024 kepada RM 54.8 bilion dalam tahun 2025. Industri mana yang menyaksikan kenaikan keuntungan tahunan sebanyak 13.5%?
Kenaikan cukai tanah beribu kali ganda masih menghantui pemilik tanah dan menimbulkan keresahan malah kemarahan. Ini boleh dilihat dengan jumlah kutipan cukai tanah sebanyak RM 116 juta pada tahun 2024, RM 116 juta lagi pada tahun 2025 dan kenaikan secara mendadak sebanyak RM 49 juta kepada RM 165 juta setakat bulan September 2026 sahaja.
Kenaikan kutipan cukai tanah sebanyak RM 49 juta untuk 9 bulan pertama sahaja sungguhpun tempoh masa pembayaran cukai tanah belum tamat kerana dilanjutkan khas ke akhir tahun ini sahaja, menunjukkan impak kenaikan kadar cukai tanah yang melambung tinggi ini ke atas pemilik tanah. Oleh itu, saya merayu kerajaan negeri agar tangguhkan segala kenaikan cukai dan bayaran bila kerajaan negeri kini tidak berapa perlukan hasil tambahan ini selaras dengan aspirasi membolehkan rakyat boleh hidup lebih senang….
Ada lima dasar pembetulan yang perlu diberikan perhatian seperti berikut.
Satu, pembentangan Perjanjian Bekalan Air Pukal di antara PBAPP dengan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd(PAIP) tanggal 15 Julai 2026 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk dibahaskan dan diluluskan. Ini adalah kerana anggaran kos keseluruhan perjanjian ini adalah sebanyak RM 24.6 bilion, suatu kontrak terbesar dalam sejarah Pulau Pinang yang membabitkan masa depan rakyat Pulau Pinang sehingga 2072.
Pelaksanaan Projek Air Perak-Pulau Pinang adalah untuk tempoh bekalan selama 40 tahun bermula 2032. Jumlah keseluruhan kos Perjanjian Bekalan Air Pukal dengan Negeri Perak bagi tempoh 40 tahun dianggarkan sebanyak RM 24.6 bilion, merangkumi dua komponen utama, iaitu:
(i) Kos pembangunan infrastruktur (capacity charges) berjumlah RM 8.4 bilion; dan
(ii) Bekalan air (supply charges) berjumlah RM 16.2 bilion bagi tempoh 40 tahun.
Jumlah kos RM 24.6 bilion ini untuk tempoh masa sehingga 2072 akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang. Oleh itu untuk sebuah kontrak sebesar ini, isi kandungannya harus diketahui umum. Perjanjian sebesar ini harus dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk menegakkan prinsip demokrasi berparlimen, akauntabiliti dan ketelusan.
Sekiranya ada Non-Disclosure Agreement (NDA), kerajaan negeri harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat persetujuan daripada PAIP agar perjanjian sebesar ini tidak dibuat secara sorok-sorok atau disembunyikan sebaliknya didedahkan kepada umum. Tidak ada perkara rahsia atau sulit dalam NDA sehingga rakyat sebagai pengguna akhir dan pembayar kos perjanjian ini dihalang daripada mengetahui isi kandungan perjanjian ini.
Kedua, tragedi runtuhan tanah cerun di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang pada pagi Ahad, 25 Oktober 2026, di belakang sebuah kediaman di Lebuh Rambai 13 yang menyebabkan kematian seorang doktor berumur 73 tahun, Dr Wong Kar Lin. Arahan pengosongan serta-merta terhadap enam buah rumah berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Wong, atas kehilangan seorang doktor perubatan yang berbakti kepada pesakitnya dan juga aktiviti masyarakat tempatan. Demi memperingati kehilangan Dr Wong dan memastikan keadilan kepada ahli keluarganya, kerajaan harus memastikan pihak yang bertanggungjawab mesti dihukum sepenuhnya.
Oleh itu, saya ingin mengesyorkan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) bagi menyiasat punca penuh insiden tersebut dan menghukum mereka yang bertanggungjawab, boleh dijalankan secara bebas, profesyenal dan adil. SCI ini diperlukan agar bukan sahaja pemaju dan pemilik tanah, tetapi semua pihak lain yang berkaitan perlu menanggung tanggungjawab yang sewajarnya….
Ketiga, Projek RM 1 billion Tambakan Laut Persiaran Karpal Singh seluas 70 ekar dan Surat Perjanjian Pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong seluas 84 ekar mengundang kontroversi bila permohonan kontraktor ditolak sebanyak 5 kali oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS). Tarikh terakhir yang diberikan oleh YAB Ketua Menteri adalah 18 Oktober 2026 dan kelulusan masih belum diberikan oleh JAS selepas tamat tempoh ini.
Mengapa surat perjanjian ini masih tidak dibatalkan seperti yang dijanjikan? Apakah keistimewaan kontraktor yang menyebabkan lanjutan demi lanjutan diberikan selama lebih 6 tahun sejak surat perjanjian ditandatangani pada 21 Februari 2020? Mengapakah projek tambakan laut seluas 70 ekar di depan Persiaran Karpal Singh tidak dibatalkan bila tidak ada surat perjanjian yang dimeteraikan?
Apakah jumlah bayaran yang masih dihutang oleh kontraktor kepada PDC dan kerajaan negeri? Perlu ada suatu jawapan atau buat betul kepada penduduk tempatan.
Keempat, teguran Laporan Ketua Audit Negara 2026 ke atas PDC kerana gagal menguruskan projek menaik taraf jalan dan jambatan dari Jalan Perusahaan ke Jalan Tok Kangar Fasa 1 bernilai sebanyak RM 10.6 juta dan Fasa 2 bernilai sebanyak RM 52.8 juta. Keseluruhan kos projek baru sebanyak RM63.4 juta adalah 47% lebih tinggi atau RM 20.4 juta lebih banyak daripada kos asal sebanyak RM 43 juta.
Sungguhpun akhirnya projek Fasa 2 siap dibina, kerajaan negeri harus buat betul kepada rakyat dengan mengambil tindakan ke atas pegawai PDC yang bertanggungjawab. Di antara teguran Ketua Audit Negara adalah PDC lewat menghabiskan kerja sepanjang lebih 7 tahun sejak kontrak diberikan secara tender terbuka untuk Fasa 2 pada 12 Julai 2019. Dan teguran tentang pembayaran kemajuan sebanyak RM 3.12 juta kepada kontraktor penyiap sungguhpun kontrak formal masih belum ditandatangani.
Ketua Audit Negara merumuskan bahawa pelaksanaan projek Fasa 1 dan 2 oleh PDC adalah kurang cekap dan berkesan, serta gagal menyiapkan kerja mengikut jadual dengan rekod kelewatan sehingga 2,278 hari dan kontraktor penyiap perlu dilantik. Sungguhpun wujud teguran Ketua Audit Negara, ganjaran bonus sebanyak 6 bulan masih dibayar kepada PDC pada tempoh waktu berkaitan, iaitu untuk tahun 2024 dan dibayar pada Februari 2025.
Kelima, teguran Ketua Audit Negara menimbulkan keraguan kemampuan PDC menjalankan pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan 2 (BKIP2) seluas 1,142 ekar di mana keluasan bersih sebanyak 872 ekar adalah untuk pelabur. Kerajaan kena buat pilihan betul dalam projek ini yang membabitkan nilai perbelanjaan berbilion ringgit kerana menimbulkan pertanyaan sama ada lebih sesuai projek ini diswastakan.
Dengan rekod dan prestasi projek Jalan Tok Kangar, adakah pembangunan BKIP2 oleh PDC akan menghadapi masalah yang sama, yakni projek ini akan lewat 7 tahun ataupun kos projek akan melebihi peruntukan asal sebanyak 40%?
Sebaliknya dengan RFP baru dengan tender terbuka dipanggil, PDC dan kerajaan negeri boleh menerima hasil dengan lebih cepat. Sudah tentu hasil yang diterima melebihi kontroversi penjualan 559 ekar tanah PDC di Ladang Byram, Taman Industri Batu Kawan 2 dengan penjualan terus secara langsung tanpa tender terbuka dengan harga jualan sebanyak RM 646 juta.
Selepas penjualan terus secara langsung dijalankan, satu RFP terbuka dipanggil dengan harga pembelian sebanyak RM 818 juta. Harga tawaran tender terbuka RM818 juta ini adalah RM172 juta lebih tinggi daripada harga jualan asal RM 646 juta yang ditawarkan secara langsung atau terus tanpa tender terbuka.
Dengan permintaan yang lebih tinggi daripada pelabur asing, usahasama dengan pihak swasta mungkin lebih selamat, lebih efisien, lebih berbaloi dari segi kewangan, lebih cepat menerima wang dan lebih pantas tanah dibangunkan…
What do you all think?
| Please help to support this blog if you can. Read the commenting guidlelines for this blog. |
