The Penang state government has released some details of the companies involved in the tunnel-highways project – but more details are required.

In particular, we need to know who are the individuals behind Zenith, Sri Tinggi and Juteras, which will be given sizeable stakes in the project.

Zenith has a paid up capital of only RM3.5m but, together with the firm from China will be given a 70 per cent stake in the project. Sri Tinggi and Juteras have a combined paid up capital of only RM4.7m, and yet they will be given a significant 20 per cent stake in this RM6.3bn venture – and a share of the toll revenue?

Are these small obscure firms controlled by bigger players or even listed firms?

What particular expertise do these small companies bring to this project and who are the main players behind them?

Does the Penang state government get a share of the toll revenue over the 30-year period? This share could be used to finance public transport. In the early years of the Penang Bridge, the Penang state government used to receive a small share of the toll revenue – but even this was taken away by the federal government under Mahathir.

As mentioned earlier, the general election should not be regarded as a referendum for this project. The general election is all about whether people want the BN to remain in power. It is not about whether people want the tunnel and highways. Nothing else should be allowed to muddy the picture.

Kenyataan Akhbar Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato Farizan bin Darus dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Haji Mokhtar bin Mohd Jait di Komtar, George Town Pada 4.3.2012.

Tidak Benar Sama Sekali Bahawa Projek RM6.3 Bilion Akan Dijalankan Oleh Syarikat RM2 Bila Sebenarnya Modal Berbayar Keseluruhan Adalah Sebanyak RM 4,549.2 Juta.

Sebagai Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan masing-masing, kami rasa kesal bahawa proses pemilihan tender yang dijalankan secara terbuka dan telus untuk 3 lebuhraya utama daripada Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) Persiaran Gurney ke Lebuhraya LCE  dan sebuah terowong bawah dasar laut daripada Persiaran Gurney dan Bagan Ajam telahpun dipersoalkan oleh pihak tertentu.

Kos projek ini dianggarkan oleh kerajaan sebanyak RM8 bilion. Akan tetapi selepas proses tender terbuka secara kompetitif dijalankan sejak 14.11.2011, surat niat telah dikeluarkan pada 6.2.2013 dengan harga lebih rendah iaitu sebanyak RM6.3 bilion, yang terendah di antara semua pembida yang diterima. Projek ini agak tersendiri dan unik kerana kos RM6.3 bilion dibiayai bukan dengan bayaran wang tunai tetapi menerusi “land swap” sebanyak 110 ekar di tanah tebus guna di Tanjung Pinang.

Memandangkan bayaran dibuat menerusi “land swap” dan bukan secara bayaran wang tunai, maka adalah perlu kontraktor berpakaran bekerjasama dengan pemaju. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

  • Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;
  • Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;
  • Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
  • Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV). Sekiranya tidak berjaya dalam tender maka syarikat ini akan dibubarkan. Sebaliknya bila berjaya maka setiap rakan kongsi atau pemilik saham mestilah menandatangani surat penerimaan secara langsung dengan kerajaan negeri.

Surat niat atau “letter of intent” dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd pada 6.2.2013 dan kesemua pemilik saham secara berasingan juga menandatangani surat  penerimaan. Dengan kata lain bukan hanya sepucuk surat penerimaan tetapi terdapat 4 lagi (5 kesemuanya) surat penerimaan untuk memastikan ia dijalankan oleh syarikat induk masing-masing dan bukannya hanya dengan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

Oleh itu adalah tidak benar sama sekali bahawa projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2, bila sebenarnya modal berbayar keseluruhan untuk keempat-empat syarikat yang jalankan projek ini adalah sebanyak RM4,549.2 juta.

Apabila kontrak formal dimuktamadkan iaitu selepas perbincangan butiran lanjut pada beberapa bulan lagi, semua syarikat rakan kongsi diperlukan untuk menandatangani surat perjanjian untuk memastikan projek ini dijalankan oleh syarikat induk yang berprestij. Perlu ditegaskan bahawa China Railway Construction Corporation Ltd dan Beijing Urban Construction Group adalah syarikat pembinaan gergasi di Negara China yang telah menjalankan projek besar keretapi, terowong dan juga Stadium Olimpik “Bird Nest” di Beijing.

Sebagai rumusan, proses penilaian teknikal dan pemilihan tender dijalankan secara profesional oleh jawatankuasa yang dipengerusikan masing-masing oleh Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak melibatkan YAB Ketua Menteri. EXCO negeri hanya merestui syor bahawa tender dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dibuat semasa ia dibentangkan kepada mesyuarat EXCO pada 30.1.2013.

Dato’ Farizan bin Darus
Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang

Dato’ Mokhtar bin Mohd Jait
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan

Comments

comments