perak-7-may-swan-the-dinner-027

Perak Speaker V Sivakumar receiving a hero’s welcome at a DAP dinner on Saturday night

ibubapaPerak Speaker V Sivakumar has paid tribute to his mother in a Mother’s Day message. Recalling how they came from humble beginnings, he said his mother was over the moon when he was appointed Speaker a year ago. But her proudest moment came when he was dragged out of the Dewan on 7 May because he was “brave enough to struggle for the people’s rights”.

Menurutnya, kesetiaan saya dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat telah membuat dirinya sebagai seorang ibu yang istemewa. Kata-katanya itu memberi rangsangan dan semangat baru dalam hati naluri saya.

Meanwhile, Siva has sharply criticised Hee Yit Foong for usurping his authority and attempting to create a “sub-Dewan” even though he was still presiding.

“As long as the Speaker is in the Dewan, he is the one with the authority,” said Siva. “Everyone in the Dewan must follow his directives and orders. Nobody else, including the Menteri Besar, has any authority to issue orders in the Dewan.”

See his full statement here.

Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu. Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak. Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ‘ duluan’ seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut ………

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009.

And Zambry’s comments here:

Salah satu sikap yang paling saya benci ialah bila pemimpin yang kononnya menjunjung prinsip al-Qur’an tetapi sebenarnya suka bercakap bohong. Malah yang lebih teruk ialah bila dia berbohong kepada rakyat secara terbuka.

Sinar Harian (Ahad, 10 Mei 2009) edisi Perak menyebut bekas Menteri Besar Dato Seri Nizar Jamaluddin mendakwa DYTM Pemangku Sultan Dr Raja Nazrin Shah memberi penghormatan kepadanya dengan memanggil beliau dan Ngeh Ko Ham.

Malah beliau “mendakwa” Tuanku maklum mengenai kedudukan pakatan pembangkang dengan diberi tempat duduk sebelah kanan.

Pengalaman saya dengan tindakan Nizar ini amat “menggetekkan” kata orang Perak. Saya masih ingat bila pertama kali Dewan bersidang tahun 2008, dia bermati-matian menuduh Dato’ Seri Tajol Rosli tidak menandatangani watikah penyerahan pentadbiran.

Ternyata tuduhannya palsu dan dia dengan jelas berbohong. Bagaimanapun dia tidak merasa bersalah dan tidak pernah memohon maaf.

Bila saya jadi Menteri Besar dia mendakwa saya mengubah bilik saya dengan memasang karpet baru dan sebagainya. Ini semuanya tidak benar dan fitnah semata-mata.

Peristiwa di Masjid Simpang sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang di mana saya menegur tindakannya yang tidak “sopan” menganggu majlis bacaan Yassin dan solat hajat yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan saya, juga telah dimanipulasi seolah-olah saya angkuh dan sombong.

Kali ini dia berbohong lagi.

Dia dan Ngeh tahu apa yang dititahkan oleh Tuanku. Seperti yang dipetik oleh The New Straits Times dan beberapa laman blog, jelas suatu amaran buat mereka agar tidak menganggu perjalanan titah ucapan.

Malah bila Tuanku masuk ke Dewan mereka tidak berada di tempat masing-masing dan secara angkuh berdiri di tengah-tengah Dewan.

Berkenaan tempat duduk di sebelah kanan yang konon suatu pengiktirafan kepada beliau dan pakatan pembangkang adalah juga satu pembohongan.

Pakatan pembangkang telah menunjukkan sikap tidak hormat kepada Tuanku sejak mula lagi. Sewaktu tabik hormat ketibaan Tuanku di luar Dewan, yang mewajibkan semua Adun ada bersama, sebahagian daripada adun pembangkang dengan biadap sekali tidak menghadiri majlis itu.

Mereka berada di dalam dewan, mengubah tempat duduk Barisan Nasional dari sebelah kanan Yang DiPertua ke sebelah kiri.

Kakitangan Dewan tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka seperti tidak percaya melihat perangai Adun-adun Pakatan Pembangkang yang mencerminkan budaya kesamsengan amalan pembangkang.

Saya harap Nizar yang kononnya “alim” dan hafaz banyak al-Quran, seronok jadi imam dan baca khutbah, bermunajatlah kepada Allah dan hisablah diri agar mengelakkan orang menggelarnya sebagai “Raja Pembohong”.

Salam Perjuangan

Photo credit: V Sivakumar’s and Ngeh Koo Ham’s blogs

Related posts:

  28 Responses to “Speaker Sivakumar pays tribute to mother, slams Hee”

  1. Congrats Siva

    you have my support and blessing all the way …and Happy Mother Day to your mum … Aunty you have raised a really good and wonderful son…congrats…

    Keep up the work and work hard for the trust that the people of Perak have given you….

    adios ….and to Zambry ….

    Complain about this comment

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. I am proud that there are still a few Nizars’, Ngehs’ and Sivas’ around Malaysia. I would like to congratulate the mothers of our “Three Musketeers” and peace be upon them. Congrats!!!!!! Happy Mothers Day.

    Complain about this comment

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. gee,

    i wouldnt want to be associated with a…. liar, would you?

    Complain about this comment

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

 Leave a Reply

Connect with Facebook

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>