The good folks at Kajian Politik untuk Perubahan Malaysia have gone through the Prevention of Terrorism Act bill and are struck by how closely Pota resembles the ISA.

Here are their observations:

KPRU mendapati, POTA memaparkan beberapa ciri-ciri yang dikongsi bersama sebelum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dmansuhkan seperti berikut:

Pertama, di bawah subseksyen 3 (1), seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu di bawah POTA.

Kedua, kedua-dua “perintah tahanan” dan “perintah sekatan” boleh dilanjutkan secara infiniti.

Di bawah “perintah tahanan”, seseorang boleh direman dalam jagaan polis selama 21 hari, kemudian dipanjangkan reman dalam jagaan polis selama 38 hari, diikuti tahanan di bawah “perintah tahanan” selama 2 tahun yang oleh dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi, kemudian 2 tahun lagi dan seterusnya tanpa had.

Sementara itu, di bawah “perintah sekatan”, seseorang boleh direman dalam jagaan polis selama 21 hari, kemudian dipanjangkan reman dalam jagaan polis selama 38 hari, diikuti tahanan terhad di bawah “perintah sekatan” selama 5 tahun yang oleh dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi, kemudian 2 tahun lagi dan seterusnya tanpa had.

Ketiga, menurut subseksyen 10 (6), orang yang menjadi subjek siasatan itu dan saksi dalam suatu siasatan tidak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara dalam siasatan itu kecuali apabila keterangannya sendiri sedang diambil dan direkodkan oleh Pegawai Siasatan.

Sementara itu, menurut subseksyen 11 (2), tiada apa jua dalam seksyen ini boleh memberi kuasa subjek siasatan atau peguam bela dan peguam caranya atau wakilnya, jika ada, hadir di tempat tahanan atau penjara.

Keempat, di bawah subseksyen 19 (1), tiada apa-apa kajian semula kehakiman dalam mana-mana mahkamah mengenai, dan tiada mahkamah mempunyai atau boleh menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pencegahan Keganasan pada menjalankan kuasa budi bicaranya mengikut POTA, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam POTA yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.

Kelima, tanpa pematuhan kepada prinsip-prinsip negara hukum secara tegas, konsep-konsep subjektif seperti “mempercayai”, ‘kuasa budi cara”, “adil’, “kepentingan keadilan” dan seumpamanya mungkin membuka ruang untuk tafsiran yang bermasalah atau penyalahgunaan.

Melihat kepada permasalahan yang wujud dalam POTA dan RUU berkaitan, KPRU khuatir kemungkinan penyalahgunaannya boleh menggalakkan rule by law dan bukannya rule of law. Justeru, KPRU mencadangkan supaya penelitian secara terperinci dan menyeluruh dilakukan terhadap lapan RUU ini.

It looks like the courts have hardly any power to review detentions under Pota – and this itself is a violation of fundamental rights under the Universal Declaration of Human Rights, which states that everyone is entitled to a fair trial.

2 COMMENTS

  1. It is bad enough if you are made to prove your innocence instead of the accusing party proving your guilt. Under laws like POTA (or ISA), it is far worse as one is deprived of their opportunity to even prove ones innocence. It is as good as saying that one is guilty by mere suspicious (or opinion or even intention?) of someone in authority and punished by the deprivation of ones freedom (incarceration?) with possible interrogations without the benefit of a legal council. A good case example to this is the late Tan Sri Abdullah Ahmad, a ex-ISA detainee, who was detained under the ISA for 5 years from July 1976- 22 July1981 on suspicion of carrying out communist subversive activities; an accusation which he categorically denied and was never proven.

  2. OF COURSE ITS SIMILAR!! Why wouldn’t it be?? The way its phrased that it will not be used ‘JUST FOR POLITICAL VIEWS” – meaning there is a long long list of additional reason they can tack on to put someone away makes it very very marginal.. Even say for example a top opposiition leader who is just doing ceramah, if an aide is actually doing something different like organising a network of people – they can say he is setting up potential terrorists and send the leader to jail…

Please join in the discussion and leave a comment