The Abolish ISA Movement (UK) held another demonstration outside the Tourism Malaysia office on Saturday, 26 June 2010.
Click on icon on bottom right of frame to toggle to full-screen mode – Photos by Danny Lim
Related posts:
The Abolish ISA Movement (UK) held another demonstration outside the Tourism Malaysia office on Saturday, 26 June 2010.
Click on icon on bottom right of frame to toggle to full-screen mode – Photos by Danny Lim
Related posts:
ISA will be amended soon to reflect current days needs.
Complain about this comment
Like or Dislike:
0
0
Wonder why only Chinese, Indians and Kwai Loh….only protesting?? Looks like ISA is supported by the majority…….
Complain about this comment
Like or Dislike:
0
0
TNG: Mat Sah ditangkap pada 17 April 2002. Boleh ceritakan apa yang berlaku pada masa itu?
Mat Sah: Polis datang rumah pada pukul 12 malam, masa itu hanya ada saya, isteri, dan anak saya yang berumur lapan tahun dalam rumah. Saya belum tidur lagi, dengar ada bunyi depan, saya pun pergi tengok. Masa itu gelap, tetapi saya nampak ada seorang polis pakai uniform. Dia tanya saya, “Boleh cakap dalam?” Saya pun buka pintulah, lepas itu tujuh, lapan orang terus masuk dan gari tangan saya.
Saya tanya mengapa gari saya, dia cakap, “Saya terima maklumat bahawa awak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara.” Dia tak cakap di bawah ISA atau tunjukkan waran pun.
Lepas itu?
Norlaila: Lepas itu mereka mula menggeledah rumah kami sampai pukul empat pagi, buka almari, buka laci, baju dalam pun mereka semak, bawah katil, bawah cadar sampai bilik ketiga. Kami letak banyak buku dalam bilik ketiga, mereka seronok jumpa banyak kertas, setiap buku mereka semak, lepas itu mereka jumpa artikel saya, dalam artikel itu ada gambar Saari Sungib, seorang pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) yang ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Mereka nampak gambarnya, terus kata, “Ini! Ada link dengan Saari Sungib!” dan terus ambil artikel saya. Artikel itu saya punya, tetapi yang kena tangkap suami saya.
Mereka juga ambil CD games seperti Star Wars, CPU komputer, telefon bimbit, dan kamera. Saya ambil gambar SB (Special Branch) dengan kamera filem itu. Saya tak tahu mereka takut kamera. SB rampas kamera padahal sebenarnya mereka boleh ambil filem sahaja. Apabila saya ambil balik barang-barang tersebut tiga minggu kemudian, semuanya sudah dirosakkan dan terpaksa dibuang.
Mat Sah: Selepas mereka habis geledah, saya dibawa ke dalam sebuah van putih, depan duduk dua orang polis, belakang dua orang, sebelah satu orang, escort ada satu van lagi. Mereka bawa saya dari rumah pergi ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang. Selepas lebih kurang setengah jam, saya dibawa ke balai polis Sentul, ambil gambar di sana, mereka tak tanya soalan pun.
Sampai hampir terang, naik van sekali lagi, mata saya ditutup degan kacamata hitam, sampai destinasi baru dia buka.
Mereka bawa you ke mana ni?
Mat Sah: Pada masa itu saya tak tahu, saya dikurung selama 59 hari di sana. Selepas itu, baru saya dapat tahu tempat itu Police Remand Centre dekat Jalan Ipoh.
Sampai sana, dia suruh saya buka baju, semua pakaian ditanggalkan termasuk seluar dalam, dia check lah.
Lepas itu, dia bagi satu baldi, baju uniform lockup, cawan plastic untuk minum, sabun sebiji, tuala kecil, itulah untuk lap muka dan mandi, berus gigi dengan Colgate. Berus gigi itu dia potong sampai pendek sahaja; dia kata, “Takut nanti you bunuh diri.”
Dalam bilik yang saya tinggal itu ada satu katil simen, tak ada tingkap, hanya lubang-lubang kecil di atas dinding, kena selalu mandi kerana panas. Makanan yang dibaginya, macam apa yang YB Teresa [Kok] cakap, memang teruk. Ada satu kali dia bagi makanan basi.
Saya diberi nombor 095 di sana, selama saya di situ, dia tak panggil nama, saya sudah tak ada nama, dia panggil nombor saya sahaja.
Dalam dua bulan itu, hanya tigu minggu saja saya dikenakan interrogation, yang lain itu hanya duduk dalam bilik itu. Mereka panggil saya pada pukul sembilan pagi, dibawa ke sebuah bilik, dalam bilik kecil itu ada dua, tiga air-con pasang kuasa penuh, beberapa jam duduk situ. Mahu buang air pun mereka tak bagi pergi ke tandas, bagi botol.
Selalu ada tiga officers, seorang buat kita senang, pujuk-pujuk: “Mau makan apa? Minum apa?” Seorang lagi buat kita marah, dia akan tanya soalan macam: “Bagaimana you buat seks dengan isteri?”
So selepas dikurung dua bulan di sana, baru you dihantar ke Kamunting?
Mat Sah: Ya, semasa di sana, tiap-tiap pagi kena bangun pada pukul tujuh nyanyi Negaraku. Dua tahun pertama saya buat, lepas itu saya tak ikut lagi.
Mana ada pemulihan? Saya di sana dua tahun pertama, mereka tak tahu nak buat apa dengan saya, mereka selalu tanya saya, “Nak buat program apa?”
Ada bacaan tak di sana?
Mat Sah: Sana ada suratkhabar, Utusan (Malaysia) dan NST (New Straits Times). Pada masa saya masuk ada perpustakaan tetapi tutup. Selepas beberapa tahun baru dibuka balik.
BERSAMBUNG DI:
http://www.thenutgraph.com/what-happens-under-isa-detention/
Complain about this comment
Like or Dislike:
0
0