More bodies found over Christmas in Penang

8
118

While the floods in the East Coast have claimed lives, more bodies have been found in Penang, this time in Machang Bubok and Bayan Lepas.

Steven Sim raises some pertinent questions:

Krisis pembunuhan warga migran di Pulau Pinang masih belum selesai – kerajaan pusat perlu banteras aktiviti pemerdagangan orang di utara Semenanjung Malaysia

Dalam keadaan seluruh rakyat Malaysia menunjukkan kegusaran terhadap bencana alam di Pantai Timur, masyarakat Bukit Mertajam dikejutkan sekali lagi dengan penemuan dua mayat warga migran di kawasan Machang Bubok pada 25 Disember 2014. Satu lagi kes bunuh yang melibatkan mangsa warga migran telah dilaporkan pada hari yang sama di kawasan Bayan Lepas.  (Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/12/26/christmas-murders-in-penang/)

Pada 25 November 2014, saya telah mengeluarkan satu kenyataan media memberi amaran bahawa siri pembunuhan yang melibatkan warga migran di Pulau Pinang sudah hampir menjadi satu krisis dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lebih drastik terutama untuk menjamin keselamatan orang awam.

Pada 28 November 2014, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan saya sendiri telah membangkitkan isu ini kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah dalam satu perjumpaan dan beliau telah memberikan jaminan bahawa pihak polis telahpun mempunyai petunjuk untuk mengambil tindakan.

Seminggu selepas itu, pada 5 Disember 2014, pihak polis dalam satu operasi dipanggil Ops Kelar telah menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menempatkan suspek yang terbabit dalam pembunuhan warga migran di Kampung Pisang. Mengikut laporan, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi menyatakan bahawa sejumlah 17 warga Myanmar telah ditahan termasuk dua yang ditahan di Kampung Pisang.

Namun, kini nampaknya kes pembunuhan warga migran masih belum selesai dengan tiga pembunuhan terbaru pada 25 Disember yang lepas. Berbanding 37 kes bunuh di Pulau Pinang pada tahun lepas, tahun ini sudahpun melebihi 50 kes; dan lebih 30 kes melibatkan mangsa warga migran dan dalam jumlah itu, lebih 20 kes melibatkan warga Myanmar.

Adakah hanya permusuhan puak ataupun wujud sindiket jenayah warga migran?

Persoalannya, adakah kes pembunuhan tersebut hanya melibatkan permusuhan puak berlainan yang berlanjutan dari negara Myanmar?

Adakah juga kemungkinan tertubuhnya sindiket jenayah warga migran yang terlibat dengan unsur-unsur jenayah lain seperti pemerdagangan orang (human trafficking), judi, ugut dan sebagainya? Jika benar, maka keselamatan masyarakat setempat akan tergugat kerana entah bila sindiket jenayah warga migran ini akan mensasarkan rakyat Malaysia pula.

Di sini saya menggesa agar PDRM memberikan status terkini hasil penyiasatan Ops Kelar tempoh hari setelah hampir sebulan serbuan di Kampung Pisang. Keutamaan pihak PDRM adalah untuk membanteras sebarang sindiket jenayah jika ada.

Kerajaan pusat perlu tangani aktiviti pemerdagangan orang di utara Semenanjung Malaysia

Dalam hal yang sama, kerajaan pusat perlu memandang serius siri pembunuhan ini dan kaitannya dengan sindiket pemerdagangan orang yang berleluasa di utara Semenanjung Malaysia. Di sidang Parlimen yang lepas, saya telah membangkitkan tentang kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan orang 2014. Satu laporan Reuters pada awal tahun ini juga mendedahkan keseriusan aktiviti pemerdagangan orang di negara kita terutamanya di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. (Sumber: http://uk.reuters.com/article/2014/03/06/uk-malaysia-rohingya-exclusive-idUKBREA2504Y20140306)

Saya menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua PDRM dan Jabatan Imigresen, mengambil tindakan drastik dengan segera bagi membanteras aktiviti pemerdagangan orang dan sindiket jenayah warga migran. Penduduk Bukit Mertajam tidak inginkan kawasan kami menjadi seperti Lahad Datu dan pantai timur Sabah di mana berlakunya penghijrahan warga migran tanpa kebenaran secara berleluasa serta aktiviti jenayah yang melibatkan sindiket warga migran tersebut.

Steven Sim Chee Keong ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam

8 COMMENTS

  1. Flooding in Msia a hot topic in Malaysia now, while Penang is now gaining attention for Myanmar Corpses with chopped up body parts. These 2 events enough to occupy headlines for remaining of eventful 2014 in anilnetto.com.

    I believe come 2015, another hot topic of discussion among anilnetto.com readers shall be the overdevelopping of Batu Feringghi. The link below serves as warm-up reading before more heat-up among the readers in January 2015 :

    Density hike in Penang’s famed Batu Ferringhi area raises alarm – See more before further reliable analysis from anilnetto.com later for sure :
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/density-hike-in-penangs-famed-batu-ferringhi-area-raises-alarm

     
      • For more energy to cover controversial topics in Coast-Mud-Politan Penang, Anil should eat more Tosai & Patchee Roti + curry chicken for carbo-loading.
        If need be, down Essence of Chicken or Tongkat Ali for midnight writing.

        Anilnetto Cafe (in Bayan Baru?) with Anil stand up comedies / slapstick punches on current issues?

         
      • With massive migration of foreign forces and rapid urbanization, ANIL is smart about food hygiene to avoid health problems.

         
  2. When you bring in cheap migrant workers (legally or illegally) from Mynmar, you are actually importing the feuding culture where murder is used to resolve disputes. If left unchecked, these people could one day settle pay dispute with their irresponsible Penang bosses (violently).

     

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here